7.15.2011

HaNya Dia YaNg TaHu


huhuhuhhu biler difikir2kan balik ada orang yang sedar pasal hal nie ada yang tak.tapi aku selalu ingat pasal benda nie huhuhuh...kalau fikir selalu kadang2 takut dan terfikir2 adakah amalan  kite cukup untuk sampai ke alam 1 lagi....apa yang aku nampak disekeliling aku ramai yang mengejar dunia tapi apa2pon aku tetap bersyukur sebab dicelah-celah orang mencari kekayaan dan kebahagiaan di dunia ada jugak insan yang mendorong aku ke jalan yang benar dan diredhai Allah huhuhuhhuhuuh....






kat sini aku nak kongsikan sedikit ilmu tuk tatapan sape2la huhuhuhuhuhuh semoga benda ni dapat memuhsabah kan diri kiter....tak kira sape kite berapa umur kite dan dimana kita berada serta cara kite laluinya macam mane.kite harus tempuhi dan hanya Allah yang tahu bila masenya....





Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

akhir kate aku kreditkan maklumat nie aku dapat dari laman web AL ISLAM n gambar2 nie aku ambil dari google image huuhuhuhuh papepon......Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali

3 comments:

  1. saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali saya tidak kira sama ade saya pernah melakukan kesilapan atau x...huhuhuhuhuhuh saye harap rakan2 saya sudi memaafkan saya

    ReplyDelete
  2. saya maafkan.. heheh.. cam 2 gak ngan saya k.. harap maafkan segala kesilapan sya dri ujung rambut smpai kaki.. =)

    ReplyDelete
  3. hUhUhU iDa aKu aSe Ko xpeRnaH aDe SaLaH NgaN aKu..
    aKu YeRla BnYaK saLaH NgaN KO paPe pon Ko JanGaN IsaW....Ak DaH MaaFkaN Ko

    ReplyDelete